loading...
≠
≠ Gadis lapan tahun itu, yang dikenali sebagai Rawan, telah dipaksa untuk berkahwin dengan se0rang lelaki berusia 40 tahun 0leh keluarganya.
≠ Beliau meninggal dunia di kawasan barat Yemen, berhampiran dengan sempadan dengan Arab Saudi.
≠ Pejuang hak asasi manusia, sedang menjalankan kempen untuk menuntut agar pengantin lelaki dan keluarganya kanak-kanak tersebut ditangkap.
≠ Para aktivis tersebut berharap kematian kanak-kanak itu akan menghentikan amalan berkahwin dengan kanak-kanak kecil yang dikatakan semakin berleluasa di negara itu.
≠ Ramai pihak yang mengecam tindakan tersebut dengan mengatakan 'keluarga Rawan ‘bukan manusia’. Mereka tidak layak untuk mempunyai anak-anak.'
≠ Fakt0r kemiskinan dikatakan antara punca utama mereka mengahwinkan anak-anak yang masih kecil kerana dikatakan menerima beratus-ratus p0und sebagai ‘mas kahwin’.
≠ Malah menurut satu lap0ran, satu per empat daripada penduduk wanita Yaman berkahwin sebelum mencapai usia 15 tahun.
≠ Para aktivis di negara itu, mendesak agar Parlimen membatalkan undang-undang yang memberi kebenaran kepada ibu-bapa mengahwinkan anak-anak mereka yang dirasakan telah ‘bersedia’.
loading...