loading...
BEIJING: Se0rang pengumpul batu mendakwa sebiji batu dalam k0leksinya bernilai 150 juta yuan (RM99 juta) kerana mempunyai c0rak dua beruang panda.
Lelaki itu, Li, berkata, c0rak pada atas batu itu kelihatan membentuk dua haiwan berkenaan, menjadikan batu itu amat berharga kepada peminat batu.
Menurutnya, dia menemui batu itu di pantai Qingda0, timur China, 12 tahun lalu.
Batu itu dikateg0rikan sebagai basanit, sejenis batu lama yang terbentuk hasil daripada pergerakan magma di dasar laut.
Di belakang, batu itu kelihatan seperti batu biasa.
Menurut Li, di atas batu itu ialah c0rak dua panda, satu besar dan satu lagi kecil.
Dia memberitahu wartawan, apabila menunjukkan kepada peminat batu lain, ramai yang kagum, malah ada yang menawar untuk membelinya dengan harga 700,000 yuan (RM462,000).
Ketika menunjukkan kepada sebuah syarikat untuk menilai, dia diberitahu harga batu itu b0leh mencecah RM99 juta.
Penilaian itu bagaimanapun dipertikaikan beberapa pakar.
Ada yang berkata, nilai batu itu mungkin berpunca daripada penambahan bilangan peminat batu. Ada juga yang berkata, sukar untuk menentukan harga pasaran batu itu kerana tidak ada pihak berkuasa yang dapat mengesahkannya.
Mereka berpendapat, harga yang dinilaikan itu hanya spekulasi.
SUMBER : HARIAN METRO
loading...