loading...

SYUKUR ALHAMDULILLAH...!!!! Jemaah Haji Yang Hilang Semasa Kejadian Kren Tumbang Telah Selamat Tiba Di KLIA...???

loading...

SEPANG : Jemaah haji Malaysia yang hilang ketika kejadian kren tumbang di Makkah, Abdul Muluk Ishak, 71, selamat tiba ke tanah air menaiki pesawat Malaysia Airlines Berhad, hari ini.
Abdul Muluk tiba 7.45 pagi tadi disambut anak, menantu dan cucunya yang menunggu di terminal ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), di sini.

Dalam pada itu, Abdul Muluk ketika ditemui berkata, dia bersyukur dapat menunaikan ibadah haji biarpun sedikit terkilan selepas kehilangan isterinya, Emb0n Ibrahim, 64, yang meninggal dunia akibat radang paru-paru pada Sabtu lalu.
Menurutnya, dia reda dengan ujian berkenaan dan sepanjang di sana, dia turut bersama petugas Tabung Haji bagi menyempurnakan urusan pengebumian isterinya di sana.
Sementara itu, anaknya Faridatul, 39, berkata, kali terakhir mereka dapat menghubungi Emb0n kira-kira tiga minggu sebelum ibunya meninggal dunia.

"Ibu saya mengadu mengalami batuk-batuk tetapi, dia tetap mahu meneruskan ibadah haji selain memaklumkan, ibu mampu melakukannya.
"Memang agak terkilan kerana tidak dapat bercakap dengan ibu, tetapi kami semua reda dan bersyukur ibu dapat menunaikan ibadah haji sehingga selesai," katanya ketika ditemui di KLIA, hari ini.

SUMBER : HARIAN METRO


loading...