loading...
KUALA LUMPUR, 17 Dis — Bekas suami m0del dan pengacara TV Daphne Elean0r Iking hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Is0bel Daniella Iking-Ch0ng bukan anak kandungnya.
Ryan Ch0ng Yiing Yih, 32, berkata perkara itu diketahui selepas melakukan beberapa ujian, termasuk ujian asid de0ksirib0nukleik (DNA).
Beliau mengambil keputusan melakukan ujian itu selepas beberapa kali membaca e-mel antara bekas pengarah Urusan Adidas Darren Ch0y Khin Ming, 45, dengan bekas isterinya.
Katanya, beliau membawa Is0bel ke sebuah klinik di Petaling Jaya bagi melakukan ujian itu selepas berasa sangsi dengan e-mel Iking kepada Ch0y yang berbunyi “Muka dia (Is0bel) lebih mirip kepada awak”.
Ch0ng berkata hasil ujian menunjukkan darahnya dan Iking dari jenis “O” manakala Is0bel mempunyai darah jenis “A”.
Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan saman peribadinya terhadap Ch0y yang didakwa memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di k0nd0minium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.
Iking berkahwin dengan Ch0ng pada 27 Jan 2007 di Bali, Ind0nesia dan pasangan itu dikurniakan se0rang anak perempuan, Is0bel, sebelum mereka bercerai pada 2009.
Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Ch0y yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader, berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pada pr0siding hari ini, Ch0ng berkata e-mel antara Ch0y dan Iking lebih terarah kepada cinta, dan melaluinya, beliau mengetahui mereka merancang bercuti ke Banyan Tree Bintan Res0rt, Ind0nesia untuk melakukan hubungan intim.
“Saya ada bukti bahawa Darren Ch0y mempunyai niat untuk mengg0da bekas isteri saya untuk mengadakan hubungan seksual,” kata beliau ketika ditanya peguam W0ng Kian Khe0ng Ch0ng yang mewakilinya.
Perbicaraan di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung Isnin depan.
SUMBER : DUNIA HANCUR
loading...