loading...
Impian Sultan J0h0r, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memiliki trak Mack termahal di dunia menjadi kenyataan, menerusi majlis penyerahan yang diadakan di Dataran King Ge0rge, di pusat perniagaan Brisbane, pada Khamis.
‘Super-Liner’ itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat Wac0l, di barat daya Brisbane.
Menurut ABC News, trak mewah itu mempunyai beberapa keistimewaan, termasuk enam kamera litar tertutup, dua set televisyen skrin rata, ruang dapur, barbeku, katil dan kerusi bersulam 72,000 jahitan benang emas.
Ia turut mempunyai perhiasan hud bersadur emas.
“Ini adalah impian beta – adakah beta tersenyum?” titah baginda mengenai trak mewah itu.
Sultan J0h0r menaiki trak Mack yang dibeli baginda.
Harga trak itu bagaimanapun dirahsiakan, tetapi cukup untuk memecahkan rek0d terdahulu A$481,000 (RM1.46 juta) bagi trak yang ditempah khas.
Sultan Ibrahim bertitah, baginda gembira dengan hasil akhir jentera itu.
“Saya sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan telah mengumpul beberapa kereta jenis H0lden selama ini.
“Saya tidak sabar mahu menunjukkan hasil pembuatan ini kepada rakyat J0h0r, sebaik sahaja Super-Liner ini dihantar (ke J0h0r),” titah baginda.
Sultan J0h0r juga mahu trak mewah itu menunda b0t berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri, dengan l0kasi pertama pemanduan ialah pada larian amal hujung bulan ini.
SUMBER : JOMBACA
loading...