loading...

Najib - GST Tetap Akan Diteruskan Untuk Membayar Hutang Negara

loading...

Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Putrajaya tetap komited untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi negara.

Najib yang juga menteri kewangan berkata cukai itu sebahagian daripada langkah pembaharuan fiskal untuk mengurangkan defisit negara.

Beliau berkata komitmen itu dibuat susulan mesyuarat kabinet dan pertemuan dengan ahli ekonomi berhubung situasi ekonomi negara dan khusus berkaitan kejatuhan nilai ringgit.

"Kerajaan Malaysia juga komited dalam meneruskan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal, termasuk meneruskaan pelaksanaan Ckai Barangan dan Perkhidmatan (GST, dan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencaai bajet seimbang menjelang 2020," katanya.


sumber asal
loading...