loading...
Bakal Suami Menghilang Di Hari Pernikahan. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!! |
Untuk para pembaca, saya harap kisah saya dijadikan iktibar untuk
semua, jangan risau karangan saya tak akan buat anda semua pening bila
membacanya.
– Gambar sekadar hiasan –
Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah
diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan
dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk
majlis yang dinantikan oleh keluarga saya, malam berinai, yang cukup
membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti sebab
rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi
masih belum muncul, Ya Allah lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai
di jari kaki dan tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap
diruang tamu rumah dengan lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk
bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.
Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp
off, pakcik dan makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan
saya, dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya.
Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan
saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan
disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli
keluarga dan adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar
sedih hampa kecewa dan malu.
Tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga
terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan
datang, mak dan ayah saya cepat batalkan majlis sanding yang sepatutnya
di buat didewan yang telah di tempah, termasuk pelamin, katering, mak
andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya sangat tidak tahu
menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin
semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit
belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.
Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan
mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan
diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua
bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yang menghina dan mencemuh
saya seolah2 saya yang bersalah.
Saya masih waras, saya masih sayangkan keluarga saya, tidak terpikir
untuk membunuh diri atau melarikan diri kerana saya sangat yakin pasti
ada hikmah dsebalik semua ini.
Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermacam alasan yang dia
beri, family saya yakin pasti ada perkara yang dia sorokkan, dengan cara
baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui
panggilan telefon dengan cara yang baik, ramai juga yang menyuruh ayah
saya untuk failkan saman, tapi ayah dan mak enggan dan mereka yakin
pasti ada balasan yang lagi setimpal yang akan dia perolehi selepas ini.
3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima panggilan dari seorang
perempuan, memaki, menghina dan mencaci saya dengan kata kesat, saya
pelik hairan bin tekejut, kenapa saya kena maki hamun tiba, saya dengan
tenang membaca semua caci maki perempuan tersebut, rupanya dia isteri
kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya merampas suami dia, dalam
keadaan tu, saya nak gelak dan nangis pun ada,
bukan apa dia tuduh saya rampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan
saya tidak tahu menahu pun yang dia sudah beristeri dua dan mempunyai
anak seorang berusia 1 bulan .
Saya mangsa penipuan, oleh lelaki penipu yang bersumpah bahawa dia
bujang, kalau perempuan lain maybe boleh jadi gila sebab tak jadi
kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua
bukti gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai dan
persiapan kahwin yang lain terutama sekali kad jemputan kahwin, tak
cukup dari tu semua bukti resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin
saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya
jelaskan dengan nada yang lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya
faham perasaan dia sebagai perempuan, saya slowtalk dengan dia agar dia
tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan
baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan
yang baik untuk suami dia tapi Oh Tak Mungkin cukup dengan apa yang
bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup memalukan saya.
Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatpapps
saya, tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah
ditangkap polis kerana menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yang
telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga
diviralkan di facebook, keluarga saya menadah tangan tanda syukur pada
Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yang telah dia lakukan
selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat
wajahnya yang terpampang di surat khabar, walaupun masih marah tapi.
Kredit:-KRT
Sumber: eksidenz
loading...