loading...
KOTA
TINGGI : Angkara Triton memotong tak lepas dua anak ini menjadi yatim
piatu sekelip mata, kereta Alza yang dinaiki ibu dan ayah mereka
dirempuh Tritron terbabit.
Akhbar
melaporkan dua maut selepas Perodua Alza dinaiki terlibat kemalangan
membabitkan sebuah Triton dan Yamaha RXZ di kilometer 24 Bukit Tiga
Jalan Mawai - Kuala Sedili petang semalam.
Kemalangan
kira-kira jam 5.35 petang itu menyebabkan pemandu Perodua Alza, Mohd
Fadzil Noh, 37 dan penumpang belakang Julaiha Senin, 36 maut di lokasi
kejadian.
Manakala penumpang hadapan, Ramadan Satri, 33, pemandu Triton, Fazidatulakhmar Safiee, 35, dan Mohamad Azrul Hamdi Rosman, 17, yang menunggang motosikal mengalami cedera parah.
Ketua
Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata,
kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Triton yang menghala ke
arah Kota Tinggi cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya yang tidak
dapat dikenal pasti sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung
dengan Perodua Alza dari arah bertentangan.
"Pada
masa yang sama motosikal Yamaha RXZ yang berada dibelakang Perodua Alza
tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan
kereta tersebut
"Akibat
dari pelanggaran tersebut pemandu dan penumpang hadapan Perodua Alza
meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat dari kecederaan
parah.
"Pemandu
Triton mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan mengalami
koma, sementara penunggang motosikal mengalami cedera parah dan sedang
mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT),"katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Tambah
Rahmat, tempat kejadian adalah jalan selekoh menuruni bukit ke arah
Kota Tinggi dan terdapat garisan berkembar sebagai pembahagi jalan.
Permukaan
jalan basah di mana ketika kejadian cuaca hujan lebat manakala
persekitaran tempat kejadian merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Kes
disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ1987.
loading...