loading...

Sayu : Mereka silap buat anak saya macam ni ... Hancur luluh hati bapa lihat anak berlumuran darah (6Gambar)

loading...
KUALA LUMPUR : Jika betul salah faham mereka tidak patut untuk buat anak saya macam tu, Omey tidak suka cari pasal dengan sesiapa, dia anak yang baik.

Hancur hati seorang bapa apabila melihat keadaan anak perempuannya berlumuran darah dipercayai dibelasah dua pelajar senior sebuah sekolah di Bandar Sri Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Bapa mangsa, Shukri Sulaiman, 42, berkata, anaknya yang mesra dengan panggilan ‘Omey’, 13, berada dalam keadaan separuh sedar ketika dia tiba di sekolah selepas salah seorang guru memaklumkan remaja itu terlibat dalam pergaduhan.
“Saya mendapat panggilan pada pukul 3.10 petang dan terus bergegas ke sekolah sebelum mendapati keadaannya berlumuran dengan darah yang keluar dari kepala.



“Saya dimaklumkan guru sekolah, dia terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar tingkatan tiga, bagaimanapun, beberapa saksi kejadian memberitahu dia diserang sekumpulan pelajar perempuan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Shukri berkata, rakan-rakan pelajar tingkatan satu itu memaklumkan enam orang pelajar tingkatan tiga tiba-tiba mendekati anaknya sebelum salah seorang daripada mereka bertindak menarik tudungnya sehingga dia terjatuh.
“Melihat Omey sudah jatuh, seorang lagi suspek bertindak dengan bukan sahaja memijak, malah ada yang mendakwa remaja itu turut menggunakan kayu untuk memukul kepala anak saya sehingga berdarah.
“Saya kemudian terus membawanya ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dengan menggunakan kenderaan ambulans,” ujarnya.
Tambah Shukri, bahagian kepala anak perempuannya itu terkoyak dan terpaksa menerima empat jahitan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa malam semalam.


“Kes ini melibatkan mangsa dan suspek di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.
loading...