loading...
KOTA TINGGI : Sememangnya perit kehilangan insan tersayang yang setiasa bersama dikala susah dan senang.
Seorang wanita yang dikenali dengan nama Wiey meluahkan kesedihan dilaman sosial nya, teman baik nya Afif Qayyum dijemput ajal apabila motosikal nya dirempuh sebuah kenderaan berat yang melarikan diri dan belum dikenal pasti.
Ini lauhan sayu Wiey buat arwah Afif :
Hujan mengiringi pemergian awak sayang , cuaca redup sayu , hari yang mulia awak tinggalkan orang selamanya . Terima kasih sebab jadi lelaki yang sangat baik , tiada orang lain yang boleh gantikan tempat awk , da janji sama sama setiakan [大哭] satu hari nanti kita jumpa semula dekat sana .
#24/02/17
#afifqayyum in memories
#alfatihah
Utusan melaporkan seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai merempuh sebuah kenderaan berat dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kilometer 24, Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi tadi.
Mangsa, Mohamed Afif Qayyum Anuar, 21, yang beralamat di Jalan Delima Taman Kota Jaya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, motosikal Yamaha Nouvo ditunggang mamgsa dari arah Kota Tinggi dipercayai merempuh sebuah kenderaan berat yang belum dikenal pasti.
"Akibat kecederaan parah di kepala, mangsa telah meninggal di tempat kejadian. Ekoran kemalangan itu juga motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
"Mangsa bekerja sebagai jurutol di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) dikatakan dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja di Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Rahmat memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan kenderaan berat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
"Hingga kini belum ada laporan polis diterima berkaitan kemalangan ini," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
loading...