loading...
# >> PULAU PINANG – Polis tidak men0lak kemungkinan pengawal keselamatan yang mer0gol dan membunuh pelajar tingkatan lima di Teluk Kumbar di sini pada 24 Oktober lepas terbabit dalam satu lagi kes rog0l seorang kerani sebuah syarikat swasta di sini.
# >> Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, kejadian berlaku pada tengah malam 8 Oktober lalu ketika wanita berusia 20-an itu sedang tidur di rumah keluarganya yang juga terletak di Teluk Kumbar.
#>> Menurutnya, ketika itu, seorang lelaki memecah masuk rumah tersebut sebelum mencer0boh ke bilik tidurnya.
# >> Katanya, wanita itu yang sedar cuba menjerit tetapi suspek dengan pantas menutup mulutnya dan mer0golnya.
# .. “Selepas suspek melarikan diri, mangsa memberitahu keluarganya dan kemudian membuat laporan polis.
#>> “Berdasarkan siasatan, kami percaya pengawal keselamatan berkenaan mungkin terbabit dalam kes itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
#>> Zakaria berkata, kertas siasatan kedua-dua kes r0gol berkenaan hampir siap dan pihaknya hanya menunggu laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Ketua Unit Perundangan untuk tindakan selanjutnya.
#>> Dalam kejadian 24 Oktober lalu, mayat Intan Suraya Mawardi, 17, yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kumbar di sini ditemukan mati oleh ayahnya yang pulang ke rumah flat mereka di Bandar Baru Teluk Kumbar di sini pada pukul 7.30 malam.
Sumber : http://duapuluhsen20.blogspot.my/
loading...