loading...
## "Sebagai penyanyi profesional, Sheeda harus terima kenyataan dan kritikan dengan hati terbuka. Tak ada gunanya kita 'sentap' kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan," demikian komen penyanyi Rohana Jalil mengenai kontroversi kritikan panas Dato' M.Nasir dalam Gegar Vaganza 2 baru-baru ini...........
## Tambah Rohana, pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan Sheeda juga menjadi punca penyanyi itu tersingkir daripada GV2. Ia tiada kena mengena dengan komen juri kerana lagu tersebut kebiasaannya dipilih sendiri oleh peserta sebelum pertandingan. ..............
## "Bagi saya, tak perlulah nak minta M.Nasir mohon maaf atau sebagainya. Dekat luar sana, bukan semua orang sukakan kita. Jika kita buat begitu, nanti kita yang akan kena balik. Anak beranak kena!....
## "Kena terima hakikat sebab kita sudah masuk pertandingan sebegitu. Tambahan pula kita dah berusia dan kena terima apapun kritikan," tambahnya.....
Sementara itu, berlainan dengan Rohana, Jaafar Onn yang mengakui tidak lama lagi bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang janda tidak bersetuju dengan kritikan juri terhadap Sheeda itu.......
"Its to much!
"Semua yang menyanyi tu adalah rakan-rakan kita sendiri. Jadi, jangan jatuhkan maruah seseorang itu kerana ia adalah berdosa," kata Jaafar............
Namun begitu, dia turut bersetuju lagu yang dinyanyikan oleh Sheeda tidak sesuai pada malam itu. ..........
## Untuk rekod, kontroversi tercetus baru-baru ini apabila M.Nasir memberi komen "Putera mencari 'princess' tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak 'princess'" dalam GV2 di mana Sheeda kemudiannya tersingkir malam itu. .........
## Sehubungan itu, anak Sheeda iaitu Bienda meminta M Nasir memohon maaf kepada ibunya kerana didakwa telah mengaibkannya dengan komen tersebut yang dianggap keterlaluan dan kurang ajar..........
## Bagaimanapun, M.Nasir dalam maklum balasnya terhadap tuntutan Bienda berkata, sebagai seorang juri, menjadi salah satu tanggungjawabnya untuk memberi komen yang jujur agar dapat lagi memperbaiki segala kekurangan....
## "Kita manusia memang tidak pernah sempurna, namum kalau kesalahan yang jelas di mata awam, apakah kami sebagai juri terpaksa menafikan dan memberikan pujian. Bukakah ini akan dikatakan hipokrit," katanya. ....
Sumber : http://selebritihatiku.blogspot.my/
loading...