loading...

Luahan Hati Sedih Dan Rayuan Adik Mangsa Kemalangan Ragut Tiga Nyawa Di Atas DUKE

loading...

Semalam kita digemparkan dengan kejadian kemalangan yang menyayat hati di mana tiga beranak termasuk bayi berusia enam bulan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) yang menjadi perhatian ramai pihak di Malaysia.

Kejadian tersebut dikatakan terjadi gara-gara enam buah pemilik kereta Myvi berlumba di atas jalan tersebut yang mengebabkan dua dari kereta mereka hilang kawalan lalu melanggar kereta jenis Pajero yang dipandu mangsa.

Rata-rata netizen berang dengan aktiviti enam pemilik kereta Myvi terbabit yang mana telah mengakibatkan kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa orang yang tidak bersalah.


Kerana perlanggaran itu mangsa Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, bersama isteri Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa berusia 6 bulan telah maut di tempat kejadian. Pasangan ini telah meninggalkan dua orang anak perempuan.

Semalam adik mangsa melalui laman Facebook miliknya telah membuat satu luahan apabila terkenangkan nasib dua orang anak buahnya yang merupakan anak pasangan suami isteri yang terkorban tersebut.



Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, yang merupakan adik bongsu mangsa memberitahu abang, kakak ipar dan anak mereka telah selamat dikebumikan petang semalam dan secara tidak langsung dua orang anak meninggalkan dua orang puteri di bawah jagaannya.

Beliau memberitahu mahu nasib anak-anak buahnya yang sudah tiada ibu bapa itu terbela kerana mereka masi kecil dan perlu ditanggung.


"Semalam, anak sulung arwah, Firuza Amira telah menyaksikan laporan berita kemalangan yang melibatkan ibu bapanya di televisyen menyebabkan dia menangis dan meluahkan segalanya kepada saya."

"Sekarang sayalah tempat dia mengadu sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman untuk menjaga anak dan kini mereka sudah manjadi anak yatim piatu."

"Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan diatas pemergian ayah dan ibu dia?, saya telah diamanahkan menjaga mereka dan juga syarikat milik arwah," luah beliau.


Oleh sebab itu beliau merayu kepada admin kelab Myvi tersebut supaya segara menghubunginya untuk berunding.

"Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuh oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya. Mohon kepada Admin Club Myvi yang terlibat tampil untuk berunding dengan kami,” tulis Faiz malalui laman Facebooknya. - Siakapkeli.my
loading...