loading...
Gambar seorang graduan UiTM berselfie dengan canselor UiTM tersebar di laman sosial dan menerima dikritik oleh netizen.
Muhammad Hasrul, pada Majlis Konvokesyen UiTM, sempat merakam gambar selfie dengan seorang canselor sebelum beredar dari atas pentas.
Tindakannya itu dikritik oleh netizen yang menganggap Hasrul melanggar protokol dan tidak tahu adab majlis.
"Dalam peraturan tak boleh buat macam ini. Sudah diterangkan dalam pengesahan kehadiran konvokesyen. Ini kan majlis formal, act profesional lah.
"Protokol tetap kena ikut. Memang tak ada orang suka bab protokol ini. Tetapi protokollah yang memudahkan urusan perjalanan majlis.
Kalau salah seorang graduan buat perangai selfie, nanti yang lain mesti akan buat juga. Seorang selfie dah ambil berapa banyak masa? Yang datang konvo bukan seorang dua, beratus-ratus orang.
"Ibu bapa yang datang, bukan berdua. Ada yang datang sekampung. Penat mereka duduk luar tunggu lama-lama.
"Memanglah tak ada effect pada masa itu tetapi selepas majlis, akan ada post mortem. Sudah tentu ahli jawatankuasa akan dimaki sebab tak periksa, tak maklum, tak kawal keadaan sehingga berlakukan kejadian seperti ini," kata seorang bekas penuntut UiTM yang tidak ingin didedahkan namanya.
Walau bagaimanapun, ada segelintir yang menyanjung keberanian lelaki ini sehingga menganggap tindakannya itu patut dihormati.
"This guy deserved massive respect. Walaupun dari segi protokol out, tapi steadybro. Persetankan semua protokol itu," kata pengguna Facebook, Zul Farhan.
from The Hype Media http://ift.tt/1JMYzKE
loading...