loading...
#Satu ketika dahulu, berat badan Alvina Rayne normal sahaja. Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang mendera emosinya, dia mula makan makanan ringan dan mengalami kemurungan.
#Ibu yang berasal dari Philadelphia itu mula makan makanan berlemak dan bergula sebagai ‘comfort food’ untuk bertahan dari cercaan pasangannya.
#Seperti ramai orang yang terlibat dalam perhubungan seperti ini, Alvina masih belum cukup kuat untuk meninggalkan lelaki itu. Teman lelakinya terus memanipulasi Alvina, dan wanita itu tertekan teruk sehingga tidak mampu meninggalkan lelaki itu.Apabila Alvina berura-ura mahu meninggalkan lelaki tersebut, lelaki itu akan mengatakan yang tiada siapa yang mahukan Alvina dan dia ‘tiada nilai dan takkan berjaya turunkan berat’.
#Alvina berada dalam keadaan badan paling berat pernah dicapainya iaitu 124 kg, dan teman lelakinya menggelarnya ‘sampah gemuk’ yang takkan dapat turunkan berat badan mahupun mencari cinta baru.Dengan tekanan darah tinggi, pra-diabetes dan serangan panik yang dialaminya, kesihatannya berada pada tahap paling buruk.
#Tetapi pada tahun 2009, Alvina merasakan sudah cukup deraan emosi yang diterimanya dan dia perlu membuat perubahan segera. Terutamanya kerana dia mempunyai anak-anak yang bergantung padanya.
#Alvina akhirnya berjaya mengumpul kekuatan dan memutuskan untuk meninggalkan lelaki itu.
#Alvina mula menukar corak pemakanan dan bersenam dengan gigih. Dia mengamalkan corak pemakanan rendah karbohidrat dan tinggi lemak (LCHF). Hasilnya Alvina berjaya menghilangkan berat sebanyak 59 kilogram.
#Namun sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Alvina secara tidak sengaja telah terserempak dengan ibu kepada bekas teman lelakinya itu, yang seterusnya memberitahu anaknya itu tentang perubahan fizikal Alvina.Setelah mendapat tahu Alvina kini bertubuh langsing dan berwajah jelita, lelaki itu bertanya jika Alvina ingin kembali menjalinkan hubungan dengannya. Malah, lelaki itu berusaha untuk memenangi hati Alvina semula.
#Namun Alvina memberitahu , yang itu mustahil untuk berlaku.
#Kini Alvina telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Sascha yang melayan Alvina bak seorang puteri. Kata Alvina:
#Saya hendak orang yang mengalami masalah yang sama dengan saya tahu bahawa kita boleh mengubah hidup kita dengan sepenuhnya.
#Kita tidak perlu berada pada takuk yang sama. Kita sebenarnya sangat berkuasa untuk mengawal kehidupan dan badan kita.
#Walaupun ia perjalanan sukar, Alvina telah berjaya membuktikan yang sekiranya kita benar-benar mahukan sesuatu, kita mampu mencapainya. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah obesiti, jangan hanya berserah dan berharap diri kita diterima, apatah lagi jika pasangan jenis yang gemar mendera emosi.
#Buktikan kita juga boleh menjadi cantik dan langsing. Pasti anda akan merasakan perubahan 360 darjah pada hidup anda sekiranya berjaya
loading...