loading...
#NAMA Kak Mawar mula menjadi perhatian di laman sosial selepas tersebar siri video memaparkan aksi ‘ghairahnya’ yang menerima kecaman hebat orang ramai.
#Malah di halaman Facebook Mynewshub, posting berkenaan video ‘henjut’ Kak Mawar menerima banyak kecaman dengan rata-rata menempelak imejnya yang tidak mencerminkan seorang wanita Islam.
#Ramai juga yang mengatakan Kak Mawar sebenarnya bukan wanita tulen sebaliknya seorang pondan, kerana tidak dapat menerima hakikat jika aksi terlampau berani itu dilakukan kaum hawa.
#Seorang pengguna Facebook, Sham Suzana tampil mengatakan dia mengenali Kak Mawar yang merupakan seorang ‘nyah’ ketika berkerja di pasaraya Jusco. Jadi, benarkah dakwaan dan sangkaan mereka ini?
#Bagi merungkai spekulasi, kami lakukan sedikit penyelidikan dan apa yang boleh dikatakan, wanita ini begitu mirip dengan pengasas kecantikan yang pernah menjadi sensasi suatu ketika dahulu, iaitu Sri Wani Choo Abdullah.
#Ya, sebenarnya wanita yang menggunakan gimik nama Kak Mawar ini adalah pengasas produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah.
#Sekitar tahun 2012, nama Sri Wani pernah menjadi bualan ramai dek kerana suaminya, Dr. Baharom Sanugi mengfailkan permohonan faraq (dipisahkan) selepas meragui jantina sebenarnya.
#Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk itu akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.
#Memetik laporan akhbar Sinar Harian pada 2012, pengesahan jantina itu dibuat oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, yang merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta.
#Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
#“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.
#“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.
#Connie menambah, MyKad Sri Wani bukan sahaja tertera perkataan perempuan, malah kad perakuan Islam Sri Wani juga mencatat Sri Wani sebagai perempuan.
#Maka terbuktilah yang ‘akak henjut’ kita ini bukanlah seorang lelaki atau pondan, sebalik benar-benar perempuan.
loading...