loading...
## JOHOR BAHRU - “Kenangan yang tak mungkin makcik lupakan sampai bila-bila apabila Tunku Jalil cium tangan makcik ketika bersalaman sempena Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi Julai lalu,” kata seorang warga emas, Fatimahzahrah Abdul Ghani.....
## Menurut Fatimahzahrah, dia menerima berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim daripada saudaranya dan cuba mendapatkan pengesahan melalui radio.....
## Menurutnya, Tunku Abdul Jalil disifatkan seorang anak raja yang begitu dekat dengan rakyat dan boleh melayan rakyat dengan mesra tanpa mengira kaum, selain menghormati rakyat yang lebih tua lapor Sinar Harian......
## “Kali terakhir jumpa ketika makcik datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, Julai lalu.....
## “Tunku Jalil cium tangan makcik dan makcik dapat rasa tangannya sangat sejuk. Jauh di sudut hati makcik cukup terharu seorang anak raja boleh mencium tangan rakyat yang lebih tua daripadanya,” katanya.....
## Fatimahzahrah, 69, berkata, dia menaiki bas sendirian dari Larkin menuju ke Istana Besar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tunku Abdul Jalil.....
## Jelasnya, dia mengikuti perkembangan keluarga Diraja itu sejak dari dahulu dan tidak pernah ketinggalan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi sejak 1997......
## “Makcik sayangkan keluarga diraja ini sehingga tidak pernah ketinggalan berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Istana Pasir Pelangi sejak Tunku Aminah berusia 11 tahun lagi......
## “Ketika kemangkatan Almarhum Sultan sebelum ini (Sultan Iskandar), makcik ikut berarak di belakang Pedati Khas Diraja ke Makam Diraja Mahmoodiah,” katanya.......
Sumber >> http://www.tawaurians.com/
loading...