loading...
Se0rang bayi perempuan berusia enam bulan, Shamina Zulaikha maut setelah terkena renjatan elektrik ketika bermain main di sekitar ruang tamu rumahnya. Bayi itu terkena renjatan elektrik ketika mencapai wayar penyambung di belakang sebuah almari. Ibu saudara mangsa, N0r Aina R0sli, 14 yang ketika itu sedang menyediakan sarapan bergegas ke ruang tamu dan menemui bayi itu sudah tidak sedarkan diri.
Menurut Harian Metr0, hanya tiga 0rang berada di rumah ketika kejadian iaitu mangsa bersama kakaknya yang berusia 3 tahun dan ibu saudara mangsa yang berusia 14 tahun.
“Mak cik, mak cik…adik dah tidur,” jerit S0fina Zulaikha Mohd Azim, 3, tanpa mengetahui adiknya, Shamina Zulaikha, enam bulan, sebenarnya tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Lanchut T0k Leed, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Shamina dikatakan merangkak sambil bermain-main di sekitar ruang tamu sebelum mencapai wayar penyambung di belakang almari lalu terkena renjatan elektrik yang menyebabkan kematiannya.
Selepas mendengar jeritan S0fina Zulaikha, ibu saudaranya, N0r Aina R0sli, 14, yang ketika itu sibuk menyediakan sarapan di dapur, bergegas ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan tidak sedarkan diri sambil tangan kirinya menggenggam wayar.
Se0rang lagi ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, berkata, hanya tiga 0rang di rumah itu iaitu mangsa bersama kakaknya dan mereka dijaga N0r Aina. Menurutnya, datuk dan nenek mangsa tiada di rumah kerana keluar men0reh getah, manakala bapanya, M0hd Azim Akmal, 23, keluar bekerja sebagai pendawai elektrik.
sumber : http://puterikayu.blogspot.my/
loading...