loading...
JOHOR BAHRU – Susulan kejadian wanita membawa anjing dalam troli di pasar raya Tesco Plentong, AJK Masjid Plentong bergotong royong menyertu lebih kurang 500 buah troli.Tindakan wanita yang membawa anjing itu telah menimbulkan rasa tidak senang pengguna muslim yang sering berkunjung ke pasar raya berkenaan. Justeru, pihak AJK Masjid Plentong turun padang bagi ‘membersihkan’ troli tersebut agar tiada rasa was-was di kalangan pengguna muslim yang berbelanja di pasar raya tersebut...
Netizen juga mengecam tindakan wanita terbabit yang dianggap tidak sensitif. Pihak Tesco juga dinasihatkan agar bertindak lebih tegas agar perkara seperti ini tidak berlaku di masa akan datang.
Orang ramai, khususnya yang bukan beragama Islam dinasihatkan agar tidak membawa haiwan peliharaan ke dalam pasar raya...
Umum tahu di bangunan seperti pasar raya, pusat beli belah dan yang sewaktu dengannya tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan. Jadi usahlah mempamerkan ketidakcerdikan anda sehingga dirakam dan diviralkan...
sumber http://www.vvip.my/
loading...