loading...

ALLAHUAKBAR..!!!! HAJAT NAK MENINGGAL DI TANAH SUCI MEKAH DI MAKBULKAN ALLAH..???? APA DAH JADI SEBENARNYA..????

loading...

SUNGKAI - "Mak dari mula memang berniat untuk meninggal dunia di sana, walaupun sedih, kami reda...," kata anak ketiga Allahyarham

Rusiah Suar, 56, yang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan runtuhan kren di Masjidil Haram, Jumaat lepas.‎

Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata, sejak awal, ibunya beberapa kali menyebut mengenai kematian di tanah suci itu, namun dianggap gurauan 0leh ahli keluarga.

"Ketika menghantarnya berlepas, Selasa lalu, dia nampak ceria dan gembira, Tuhan dah tentukan jalannya begitu, impian besar dia untuk meninggal dunia di sana, dimakbulkan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Gunung Bes0ut 2, di sini, hari ini.

Hariyanti berkata, mereka dimaklumkan akan berita kematian itu kira-kira jam 7.45 petang tadi 0leh pengurusan Tabung Haji.

Katanya, Tabung Haji memberi jaminan untuk menguruskan pr0ses pengebumian ibunya di Makkah.

"Kami memberi sepenuh kepercayaan kepada Tabung Haji atas urusan itu, setakat ini, tiada maklumat punca kematian, namun mereka jumpa arwah di h0spital," katanya.

Beliau berkata, ketika insiden runtuhan itu berlaku, Allahyarham sedang melakukan ibadah sa'ei bersama lima rakan lain.

"Rakan ibu maklumkan, dia rebah ketika kejadian, mereka cuba membantu, namun dihalang.

"Ketika itulah, mereka terputus hubungan dan kelibat ibu gagal dikesan," katanya.

Jawatankuasa masjid dimaklumkan telah melakukan s0lat jenazah ghaib sebaik pengumuman mengenai kematian Allahyarham dibuat, malam tadi.

SUMBER : SINAR HARIAN

loading...