loading...
## SEORANG bapa kepada empat orang cahaya mata itu maut akibat melecur dengan teruk setelah pembaur aromaterapi yang dipasangnya tiba-tiba meletup dan terbakar....
Keluarga lelaki tersebut dipercayai menggunakan wangian penenang itu setiap malam sejak jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia menyelimuti pulau kecil ini.....
Mohammed Rizalludin Hassan sedang mengisi pati aromaterapi ke dalam bekas pembaur berkapasiti lima liter itu di bilik mandi apabila keluarganya terdengar satu bunyi yang kuat....
Mereka kemudian terkejut apabila melihat mangsa berlari keluar daripada bilik air dengan keadaan tubuhnya terbakar....
“Apabila saya lihat suami saya terbakar, saya begitu terkejut, saya tidak tahu apa yang patut saya buat,” isterinya, Nurul Asyikin Norman memberitahu tabloid tempatan The New Paper.
Kejadian tragik itu berlaku di rumah ibu mertuanya di Jurong East Park pada 14 Oktober lalu.
“Saya panik dan benar-benar terlupa semua prosedur keselamatan semasa kebakaran!”
Isteri dan ibu mertuanya berjaya memadamkan api, malah Rizalludin telah dibawa ke unit rawatan rapi....
Namun oleh kerana 80 peratus tubuh badannya terbakar, mangsa akhirnya meninggal dunia akibat jangkitan di lukanya pada 22 Oktober lalu....
Bagaimanapun, balu allahyarham telah menerima simpati orang ramai susulan kejadian malang yang menimpanya itu....
“Saya sangat tersentuh hati dengan golongan yang berbaik hati membantu dan memberi sokongan moral kepada saya dan keluarga saya,” kata Nurul Asyikin....
“Saya akan gunakan hasil sumbangan yang didermakan oleh orang ramai ini untuk menampung kos perbelanjaan pendidikan dan kehidupan anak-anak saya....
“Walaupun buat masa ini saya terpaksa menolak segala sumbangan, namun saya akan tetap terus titipkan doa semoga kebaikan mereka dibalas Ilahi,” katanya memanjat kesyukuran....
Sumber : http://selebritishiro.blogspot.my/
loading...